Taman Negara Gunung Ledang nie merupakan salah-satu Taman Negara yang diwartakan sebagai Taman Negara Johor. Ia terletak di Daerah Tangkak, Johor. Taman Negara Gunung Ledang juga merupakan salah-satu Tapak Warisan Kebangsaan yang dikatakan sudahpun berusia lebih kurang 150 juta tahun. Saiz Taman Negara pula, adalah seluas 8,611 hektar. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada paras Laut. Harga tiket bagi dewasa dan kanak-kanak serta pelancong asing Harga TiketDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Tiket Masuk53Yuran Mendaki Puncak (Warganegara Malaysia)152Yuran Mendaki Puncak (Pelancong Asing)218 Selain itu, Gunung Ledang juga menyimpan pelbagai kisah lagenda. Kebanyakkan lagenda mengesahkan seorang puteri misteri, Puteri Gunung Ledang. . Anda Juga Mungkin Berminat Dengan Artikel Ini; Mohon Iphone Original Idaman Anda Serendah RM111 Di Sini Tasik Misteri Penuh Dengan Rangka Manusia 20 Tahun Hiliang Diculik Ayah Tiri Sendiri . Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Mitos mengatakan bahawa Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik dipinang oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Kerajaan Melaka pada ketika dahulu. Namun pinangan tersebut bukanlah satu pinangan yang biase-biase… . Dalam versi penceritaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin/The Malay Annals), menceritakan bahawa Puteri Gunung Ledang telah menetapkan tujuh tuntutan yang mustahil kepada Sultan Melaka jika beliau mahu mengahwininya. Antara permintaan puteri gunung ledang: Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka 7 dulang hati nyamuk 7 dulang hati kuman 7 tempayan air mata anak dara 7 tempayan air pinang muda Semangkuk darah Raja Muda Melaka Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah: Rekreasi (mandi – manda) Perkhemahan Menginap (chalet, dorm, pondok dan tapak khemah) Mendaki (kolam gajah, sg. tiga segi dan bukit botak) Aktiviti pendidikan alam (berjalan malam, perangkap cahaya, interpretasi alam dan eksplorasi alam) Aktiviti dalam kumpulan Latihan ketenteraan Hiking Bermanja dengan si Bujang Rehatkan kaki dengan terapi ikan Ronda Taman Herba Main Selpie-selpie Dating eratkan hubungan suami isteri Artikel Lain ; Apple Iphone 14 Pro Max, Spesifikasi Dan 7 Perkara Menarik Tentang Iphone 14 Pro Max Betulke Atlantis Wujud Atau Dongeng Semata Tempat Pelik Dan Misteri Di Dunia Hari ini, Gunung Ledang merupakan salah satu destinasi pendakian gunung yang popular di negara ini iaitu antara 15,000 dan 20,000 pelawat terlibat dalam pendakian gunung bertinggian 1,276 meter setiap tahun. . Pendakian ke puncak gunung mangambil masa setengah hari, ianya bukanlah satu pendakian yang mudah. Mereka yang berjaya mendaki puncak gunung akan mendapat ganjaran keindahan pandangan 360 darjah yang menakjubkan dari dataran sekitarnya, jika cuaca membenarkan. . Gunung ini juga digelar dengan pelbagai nama. Pada abad ke 14, seorang pelayar Selat Melaka berbangsa China telah menggelar gunung ini sebagai “Kim Sua” bermaksud Gunung Emas dalam bahasa Hokkien. . Gelaran ini diberi kerana dikatakan terdapat kewujudan emas di gunung ini. Seorang ahli kartografi British menggelar gunung ini sebagai Gunung Ophir, diambil dari nama lombong Opir yang membekalkan khazanah kepada Raja Solomon yang hilang. . Nama “Gunung Ledang” mungkin juga sudah diciptakan semasa pemerintahan kerajaan Majapahit lagi. Ianya dikaitkan dengan bahasa Jawa lama, “Ledang” yang bermaksud sebagai “tinggi”, “jauh”, atau “menonjol”. Post Views: 251 Post navigation Apple iPhone 14 Pro Max Spesifikasi Dan 7 Perkara Yang Menarik Tentang Iphone 14 Pro Max Iphone 13 Pro Max Spesifikasi, 5 Kelebihan Dan Kekurangan