Negara kita pernah dikejutkan dengan pembunuhan kejam di Jalan Pahang-Cameron Highland Tapah. Mengikut laporan, 4 orang mangsa setakat ini telah disahkan dibunuh dilokasi kejadian manakala kehilangan 2 orang lagi di kawasan berkenaan turut dikaitkan dengan keluarga berkenaan.

Kejadian ini mengimbau semula kes pembunuhan kejam Mona Fendi dan apa yang berlaku ke atas jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berserta 3 orang pembantunya yang lain. Dalam banyak-banyak kes, admin senaraikan 10 orang pembunuh paling kejam yang direkodkan dalah sejarah dunia.

1. Abdullah Catli

Abdullah Catli adalah Pembunuh dari Turki dan merupakan ketua kumpulan nasionalis Grey Wolves pada tahun 1970-an. Antara kejadian yang paling diingati adalah tindakan dia bersama beberapa kuncu-kuncunya yang lain bertindak membunuh dengan kejam 7 orang pelajar yang dipercayai mendokong fahaman komunis dengan cara mengikat dan mengelar mereka satu persatu.

Pada 1981, Abdullah dipercayai memberi arahan rahsia kepada Mehmet Ali Agca yang juga ahli kumpulan Grey Wolves untuk membunuh Pope John Paul II. Dua tahun kemudian, Abdullah dan Mehmet ditahan kerana cubaan membunuh seorang wartawan. Namun demikian, Abdullah dibebaskan.

Namun demikian, penahanan Abdullah memberi seribu rahmat kepada beliau. Sebaik dibebaskan, pihak berkuasa Turki telah merekrut dia didalam Agensi Perisikan Turki dimana peranannya yang paling diingati adalah menghancurkan gerakan ahli Gerakan Pembebasan Armenia. Sebagai upah, dia hanya dibayar dengan heroin. Dengan bekalan heroin yang banyak, dia mengatur penyeludupan dadah ke Perancis dan Switzerland.

Dia pernah ditahan di Perancis pada tahun 1984 dan sekali lagi ditahan di Switzerland pada tahun 1988. Sebaik diusir pulang oleh pihak berkuasa Switzerland pada tahun 1990, dia dilaporkan bekerja dengan Polis Turki dan tugas utamanya adalah menjadi pembunuh upahan terhadap ahli dan pemimpin Parti Pekerja Kurdistan yang pada ketika itu menuntut hak mewujudkan sebuah negara Kurdistan,

Modus operandinya cukup mudah, menipu wang mereka, menculik kemudian dibunuh dengan kejam. Pada 1996, dia akhirnya menemui ajal dalam satu kemalangan jalanraya. Kematiannya menimbulkan perdebatan dikalangan pemimpin Turki kerana dia maut bersama-sama pegawai polis berpangkat tinggi dan seorang Ahli Parlimen Turki walaupun pada ketika itu dia menjadi buruan utama polis Turki. Dianggarkan, seramai 4,000 orang menemui ajal dari tangan dia sendiri.

2. John Childs

Dalam sejarah British moden, nama John Childs sentiasa dikenang sebagai pembunuh upahan yang paling banyak meragut nyawa dalam sejarah. Ketika ditemubual oleh seorang wartawan dipenjara mengenai pembunuhan yang dilakukannya, beliau hanya ketawa menyahut soalan demikian.

Pembunuhan pertama yang dilakukan oleh Childs dilaporkan pada November 1974. Dia dilaporkan membunuh ahli perniagaan, George Brett dengan menggunakan sub mesingan dengan upah 1,800 pound. Dia kemudiannya menerima upah sebanyak 4,000 pound untuk membunuh Fred Sherwood yang merupakan pengurus rumah kebajikan, dengan hanya menggunakan tukul kayu. Apabila melihat Fred dalam keadaan nazak, Childs menembak mangsanya tepat didahi Fred.

Namun begitu, semua mangsa pembunuhan Childs langsung tidak ditemui. Ketika membuka semula rahsianya, beliau menceritakan bagaimana beliau mencincang mayat semua mangsanya sebelum dimasukkan kedalam mesin pengisar industri dan membakarnya. Ada juga dakwaan mengatakan, dia turut memakan mayat berkenaan. Dari kisah inilah Hollywood telah memfilemkan sebuah kisah yang diberi nama Silent of the lamb.

3. Stretko Kalinic

Kalinic direkodkan sebagai seorang ahli kumpulan Zemun Clan yang aktif diantara tahun 2000 hingga 2003. Kumpulan ini bertapak di Eropah Tenggara dan merupakan cabang bagi kumpulan Mafia di Serbia. Walaupun terdapat beberapa orang pembunuh upahan yang aktif dalam kumpulan berkenaan, namun nama Kalinic pastinya diingati sebagai manusia paling kejam dalam kumpulan ini.

Kalinic mendapat nama samaran “the beast” berikutan kegemaran utamanya iaitu mencerai beraikan anggota badan mangsa pembunuhannya. Beliau pernah membunuh seorang lelaki hanya semata-mata nilai persahabatan di dalam kumpulan itu tanpa menerima walau 1 sen pun bayaran.

Kejadian pembunuhan yang kekal dalam ingatan adalah pembunuhan Milan Jurisic pada tahun 2006. Milan telah dibelasah oleh Kalinic dan beberapa rakannya hanya kerana dituduh menjadi penyampai maklumat kepada pihak polis.

Milan dilaporkan dibelasah tanpa henti selama 8 jam secara bergilir-gilir. Disaat sedang nazak, Kalinic mengelar seluruh badan Milan dan mencucuhkan api disetiap luka berkenaan. Sebaik Milan menemui ajal, Kalinic dan beberapa orang rakannya, mencincang mayat berkenaan dengan sebahagian mayat berkenaan dihapuskan. Ada beberapa bahagian badan Milan dimasak dan dimakan manakala kulit muka disiat dan dijadikan topeng untuk hari Halloween.

Pada tahun 2003, Zemun Clan telah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic dan Kalinic dilapporkan antara dalang utama pembunuhan berkenaan. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun tanpa kehadirannya di sebuah mahkamah di Serbia. Pada 2010, Kalinic akhirnya berjaya ditangkap namun pernah cuba untuk melarikan diri pada tahun 2012. Usahanya nyata menemui kegagalan dan Kalinic beserta rakannya berjaya ditangkap semula.

4. Christopher Flannery

Ramai dikalangan penduduk Australia menggelarkan Flannery sebagai “Mr. Rent A Kill”. Dia dianggap sebagai penjayah sepanjang hayat kerana bermula pada usia 14 tahun, dia sudah melakukan jenayah. Antara jenayah yang pernah dilakukannya pada usia 14 tahun adalah jenayah pecah rumah dan mencuri kereta. Pada penghujung karier pembunuhnya, dia dibayar sebanyak $A10,000 untuk satu-satu pembunuhan.

Pada 1979, Flannery bekerja sebagai pengawal kelab malam di Melbourne. Dari sinilah karier pembunuh bersirinya bermula dengan pembunuhan pertamanya dilakukan keatas peguam Roger Wilson dengan upah $A35,000. Dia dilaporkan menculik Wilson, membawa Wilson kedalam hutan, menyeksa semahu-mahunya kemudian membunuh. Flannery juga dilaporkan telah melupuskan mayat Wilson  dengan cara mencincang mayatnya dan ditanam di beberapa tempat di hutan berkenaan.

Flannery pernah ditahan sebaik kehilangan Wilson dilaporkan namun dibebaskan kerana kekurangan bukti. Namun ketika melangkah keluar dari mahkamah, dia kembali ditahan diatas tuduhan pergaduhan lima penjuru yang menyaksikan Flennery berjaya membunuh 13 orang pesaingnya dengan upah $A50,000.

5.  Frank Schweihs

Masih ingat keatas kematian “Angle of Hollywood”, Marilyn Monroe? Ramai yang mempercayai Marilyn Monroe menemui ajalnya dengan membunuh diri. Namun hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Amerika, mereka menemui kisah yang cukup mengejutkan. Monroe sebenarnya telah dibunuh dan pembunuh yang melakukannya ialah, Frank Schweihs.

Dikenali sebagai “The German, beliau pernah disifatkan oleh penguatkuasa undang-undang Chicago sebagai seorang pembunuh kejam yang dilahirkan dari neraka yang sanggup mencabut nyawa sesiapa sahaja hanya dengan satu arahan.

Dengan “trademark”, apa yang kamu buat, itu yang kamu akan dapat sebelum membunuh, dia sentiasa menjadi suspek utama ke atas setiap pembunuhan yang dia lakukan namun tidak pernah disabitkan kesalahan ke atas setiap pertuduhan kecuali hanya satu sahaja kes pembunuhan.

Pada Disember 1962 dia akhirnya disabitkan kesalahan membunuh. Teman wanita Scheweihs yang berusia 18 tahun telah didapati maut. Pada awalnya dia tidak disabitkan dengan kesalahan berkenaan, namun kesilapan dia yang memberi kenyataan bercanggah mengakibatkan segala-galanya terbongkar di mana dia menyusun plot pembunuhan berkenaan seolah-olah teman wanitanya membunuh diri.

Dalam satu pengakuan bertulis Schweihs, dia memberitahu bagaimana dia membunuh Marilyn hanya atas satu arahan yang diterimanya melalui satu panggilan daripada “Mr Black” dan merancang plotnya sama seperti apa yang dilakukan terhadap teman wanitanya. Tiga bulan kemudian, dunia ditipu oleh Amerika dengan kononnya Marilyn menemui ajalnya dengan membuh diri.

6. Bernard Hunwick

Dengan menyandang gelaran “Barry The Bear”, pada 1982, Hunwick dipercayai terbabit dalam lebih 300 pembunuhan. Namun, menerusi kiraan rasmi, dia didapati terbabit dalam lingkungan 100 pembunuhan. Menariknya, seperti Frank Scheweihs, dia hanya disabitkankan dengan satu sahaja pembunuhan pada tahun 1999.

Dia hanya disabitkan dengan satu pembunuhan dan merancang satu lagi pembunuhan. Itupun selepas pihak FBI menyamar dengan mengupah Hunwick bagi membunuh seorang pengedar dadah. Dalam perbicaraan tunggal yang dihadirinya, dia mengaku membunuh penyeludup kokain, Richard Diego Messina yang dijumpai dengan lehernya dipotong

 Dia bukan sebarang penjenayah kerana dia dilaporkan terlalu kasual untuk menyabitkan ke atas setiap pembunuhan yang dilakukan.Tidak hairanlah apabila dia pernah berkahwin dengan seorang model Playboy yang juga pengedar ganja. Semasa disoal siasat, dia mengaku pernah menyumbat serpihan gelas yang telah dipecahkan kedalam mulut mangsanya sebelum membelasah mangsanya hanya dimuka bagi memastikan kaca berkenaan membunuh mangsanya itu sendiri.

Kehebatan Hunwick akhirnya terpadam apabila dia dijatuhi hukuman penjara semumur hidup. Namun dia hanya menghabiskan hanya 10 tahun hukuman berkenaan dan pergi membawa senarai panjang mangsa bunuhnya tanpa walau seorangpun didedah dan dibela sewajarnya.

7. Rosalio Reta

Bagi menampung kehidupan di kawasan terpencil di Mexico, dia mengambil upah selaku pembunuh upahan untuk kartel dadah Zetas. Dia pastinya akan memperolehi pendapatan AS$ 10,000 sehingga AS $ 50,000 setiap kali membunuh.

Apa yang menariknya disini, bukan cara pembunuhan malah upah yang diterima Reta untuk dibicarakan. Reta memulakan kerjaya membunuh pada usia 13 tahun! Ketika ditangkap, Reta masih dibawah umur dan kini meringkuk didalam penjara selama 30 tahun diatas pembabitannya dalam 30 kes pembunuhan.

Seorang lagi rakan Reta, Fransisco Miguel N ditahan pada usia 16 tahun pada 2012 dan mengaku terbabit dalam lebih 50 pembunuhan samada terancang ataupun sebaliknya. Miguel dilaporkan menyertai kartel dadah Los Mazatlecos semasa melakukan jenayah berkenaan dan menyandang gelaran El Nino yang mebawa maksud budak lelaki.

8. Rodney Charles Collins

Warga Australia pastinya tiddak dapat melupakan nama ini jika mengatakan tentang hal pembunuhan kejam. Dia menjadi suspek 9 kes pembunuhan namun hanya disabitkan dalam 2 kes.

Pada Julai 1987, Collins yang pada ketika itu mengenakan uniform polis dan menggunakan waran geledah, telah menyerbu sendirian ke rumah pengedar dadah psangan Ray Abbey dan Dorothy Abbey. Dia didapati telah mengurung anak pasangan berkenaan dan menembak mati Ray dan Dorothy sebelum bersuka ria mengelar leher pasangan berkenaan. Mayat pasangan berkenaan hanya dijumpai oleh anak mereka keesokan harinya.

Dalam satu kes lain, dengan modus operandi yang hampir sama, Collins telah membunuh pasangan Michael Schievella dan Heather McDonald pada tahun 1990. Cara pembunuhan yang dia lakukan sama seperti pembunuhan pasangan Ray dan Dorothy, iaitu mengurung anak pasangan terbabit, kemudian membiarkan anak pasangan itu menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

Namun karier pembunuhannya berakhir pada tahun 2010 apabila akhirnya dia dibicarakan dengan ketua kumpulan jenayah terancang di Australia, Carl Williams sanggup menjadi saksi perbicaraan. Williams adalah individu yang bertanggungjawab mengupah Collins melakukan pembunuhan ke atas pasangan Ray dan Dorothy Abbey.

Namun belum sempat Williams memberi keterangan di mahkamah, Williams didapati mati dibelasah di gimnasium dengan menggunakan peralatan di gimnasium berkenaan.

9. Jimmy Moody

Karier pembunuhan Moody sebenarnya cukup panjang untuk dibicarakan. Semuanya bermula di London apabila dia bekerja dengan “The Richardson” dan “The Krays”. Menariknya, dia pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana disabitkan dengan satu kes bunuh pada tahun 1968.

Sebaik dilepaskan, dia menyertai kumpulan yang menyasarkan trak perisai sebagai mangsa. Dengan menggunakan gergaji sebagai cara untuk memecah masuk kedalam trak yang disasarkan, kematian akibat penggunaan cara itu terlalu banyak untuk dihitung. Tindakan ini digelar oleh kebanyakan penduduk London sebagai “The Chainsaw Gang”.

Selepas berjaya melarikan 900 ribu pound dalam satu rompakan, dia akhirnya berjaya ditangkap dan diletakkan di penjara Brixton sementara menunggu hari perbicaraan. Namun, dengan bantuan Gerrard Tuite, seorang ahli militan IRA, mereka menggali dinding penjara berkenaan dan berjaya melarikan diri melalui bumbung penjara.

Sebaik berjaya melepaskan diri, dia melarikan diri ke Belfast, Ireland dan menjadi pembunuh upahan bagi Tentera Republik Ireland. Namun, dia akhirnya menemui ajal di sebuah pub di Ireland pada Jun 1993 setelah ditembak di kepala, belakang dan dadanya.

10. Fred Burke

Pada kebangkitan era gangsterism yang kebanyakannya dimonopoli oleh gangster keturunan Itali, Al Capone, nama Fred Burke tidak dapat dipisahkan dengan kejahatan pembunuhannya. Dia dikenali sebagai “the killer” didalam dunia gelap gangster, membunuh merupakan satu kelengkapan bagi hidupnya. Dikhabarkan, andai beliau tidak membunuh sehari, ianya seumpama hari yang tidak lengkap baginya.

Kariernya bermula sewaktu membunuh 3 orang ahi geng di Detroit pada 1927. Fred kemudiannya mendapat nama tersohornya “Saint Valentine’s Day Massacre” yang menjadi antara kes tembakan paling tekenal. Pada tahun 1929, empat orang lelaki berpakaian polis telah menumpaskan 7 rangkaian gangster ‘bugs’ Moran, pesaing terbesar Al Capone. Seorang mangsa, John May menemui ajalnya dengan 17 kesan tembakan di badannya. Ini termasuk dengan satu tembakan tepat dikepalanya.

Walaupun Burke merupakan seorang pembunuh tegar, dia amat sukar diberkas. Dia hanya ditangkap ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya. Namun sebelum itu dia telah membunuh seorang anggota polis yang mula-mula tiba ke lokasi kemalangan berkenaan. Dia ditangkap pada tahun 1931 dan menemui ajal pada rahun 1940, 9 tahun selepas disabitkan kesalahan membunuh.

Al Capone ketika ditanya tentang kehebatan Fred memberitahu, Fred pada matanya adalah seorang “Angel of Death” kepada mana-mana musuhnya dalam dunia gangsterism. Dia menyifatkan Fred seperti seekor  Syaitan yang sentiasa suka melihat darah mengalir keluar. Namun begitu, Al Capone menyatakan, Fred seorang yang pendiam dan akan menjalankan tugasnya samada di arah ataupun tidak kerana Fred pernah mengaku kepadanya bahawa membunuh akan menyebabkan dia lebih segar dan hebat.

Apa punya manusia pembunuh-pembunuh nie, kita nak pukul orang pun tak sampai hati apatah lagi membunuh. Semoga kita dijauhi dari orang-orang seperti ini…aminn

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!