Kisah ini terjadi dua tahun lalu, ketika itu aku dan kawan aku Sharul pergi memancing di muara Changi Point. Seperti biasa kami sampai di sana jam 12 malam, sesampai di sana aku terus sediakan peralatan memancing.Malam itu agak terang dengan cahaya bulan mengambang “tentu malam ini banyak ikan” kataku dalam hati. Sharul memacakan jorannya lebih kurang 50 meter dari tempatku. Dia belum membuat balingan pertama, maklum saja dia seorang yang cermat. Dalam asyik aku termenung, tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan loceng di joranku, terus aku bergegas ke sana dan mula menarik tali pancing. Lebih kurang 10 minit aku bertarung dengan ikan tersebut akhirnya aku berjaya mendapatkan ikan seberat 3 kilo. Selepas itu aku mendapat tangkapan ikan yang agak lumayan sepanjang satu jam setengah. Kotak ikan ku sudah hampir setengah penuh. Tetapi kira-kira jam 3 pagi aku mendapat satu gigitan yang kuat dari sebelumnya dan aku pun mengulung tali pancing ku sesungguh hati kerana terasa mungkin ikan yang dikailku seberat 5 kilo… bestnya macam ni bisik hati ku. Tetapi kira-kira 5 minit kemudian tarikan ikan hilang “Alamak terlepas ikan aku”… Hamun ku sejurus. Tetapi yang sangat memelikkan aku… Begitulah seterusnya selepas ikan pertama ku terlepas. Setiap kali ada deringan lonceng aku terus sentap dan menarik tali pancing… Seperti awal tadi, ikan akan hilang begitu saja. Ikut kiraku sudah 6 kali ia berlaku, aku mula merasa sangat hairan. Macam mana ikan boleh terlepas sebanyak 6-7 kali. Ini mesti ada yang tak kena. Bisik hatiku. Aku memanggil Sharul untuk memastikan sak wasangkaku. Memang betul begitulah terjadi bila Sharul mengambil tempatku menyentap joran… Ikan terasa mengena tetapi hilang sesampai digigi pantai. Persoalanya macam mana ini boleh berlaku tanyaku kepada Sharul, yang memang agak arif dalam bidang alam misteri dan pelik. Tanpa menjawab dia mengusap-usap cincin dijarinya, membaca doa yang aku pun tak faham bunyinya dan terus melangkah ke hadapan mengaup segenggam pasir laut sambil menyembur mentera. Sharul berpaling kepada ku lalu menyapa. “Kau jangan terperanjat bila ada benda yang keluar. Buat bodoh saja ok?”. katanya pada ku. Dia terus melangkah ke gigi air dan menabur jauh pasir laut yang di genggam tadi. Alangkah terperanjatnya aku dengan apa yang berlaku ketika itu. Mula-mula seperti umpai-umpai hitam memenuhi sungai itu dan perlahan-lahan menjadi lautan rambut yang panjang seluas mata memandang. Seketika kemudian terlihat susuk tubuh yang tegap bermata merah garang melirik keluar dari laut menuju ke pantai dimana Sharul berdiri. Oi panjangnya rambutnya dengan hanyunan tubuh ke kiri ke kanan. Sangat menyeramkan. Aku terasa gerun. Sehingga aku hampir mahu pengsan. Aku cuba cabut lari, tetapi kakiku terasa sangat lemah dan lembik seperti tahu “Jangan lari, nanti dia ikut kau” Pekik Sharul. Beberapa minit kemudian, lembaga itu mengangguk-ngaguk kepalanya. Sambil Sharul menadah tangan seperti berdoa. Lembaga itu bergerak perlahan-lahan, seraya melangkah kembali ke dalam laut dan hilang ditelan suasana malam yang kelam. Sedetik kemudian Sharul memberi sebotol air mineral yang telah di jampinya, untuk menenangkan aku, dan berkata “Kau boleh terus pancing, dia takkan kacau kau lagi”, Dia lalu pergi ke tempat jorannya yang sudah lama ditinggalkan. “Dia ni gila ke. Ada dia suruh aku pancing sorang-sorang”… Bisik hatiku. Kami teruskan memancing seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sebelum pulang, seperti biasa kami akan ke pasar Changi Village bersarapan roti prata dan teh tarik. Ketika itulah Sharul menceritakan padaku bahawa semalam Hantu Laut yang telah mencuri ikan-ikanku, tetapi setelah diseru dia berjanji tidak akan mengganggu kami lagi sampai bila-bila. Sharul mencadangkan kami kembali lagi ke tempat sama pada minggu akan datangnya. Aku jawab “kirim salam je lah” Fuhhh…kalau admin yang kena macam nie, mau tak cukup tanah lari..dengar bunyi jepun kepala kembang semacam. Kalau jumpa depan-depan lagilah..huhu…anda anda pengalaman jumpa hantu x?..cuba share cerita kat ruangan komen.. Ada berita @ cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 1,281 Post navigation Perayaan Ganas Masyarakat Sumba Misteri Alam Bunian