Adakah anda menpunyai nenek moyang yang pernah mengamalkan saka? Mungkin ya dan mungkin tidak, tetapi apakah tanda-tanda saka dalam badan ini boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin tergolong dalam kalangan yang mewarisi saka. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

pesta

Saka adalah satu perjanjian mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan sesuatu seperti kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu yang telah dipersetujui. Saka boleh diwarisi dan dipindahkan kepada waris si pengamal sehingga tujuh keturunan, lebih-lebih lagi kepada waris yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si pengamal saka.

pesta

Seperti tanda-tanda gangguan lain, seseorang yang ada gangguan di dalam dirinya, secara tidak langsung akan menzahirkan tanda-tanda gangguan yang ada di dalam badannya. Kebiasaanya, mereka yang akan mewarisi saka akan mendapat mimpi-mimpi yang pelik sepertinya, selalu bermimpi jatuh dari tempat yang sangat tinggi, bemimpi berada di awangan dan juga sering bermimpi dikejar binatang dan dipatuk ular.

pesta

Selain daripada mendapat mimpi-mimpi tersebut, terdapat juga tanda-tanda yang sangat jelas sekiranya seseorang itu mempunyai saka di dalam dirinya. Antara tandanya ialah, acap kali bermimpi menerima satu bungkusan dari seseorang, bermimpi sedang menyusukan bayi atau mendukung.

Selain dari mendapat petanda dari mimpi, terdapat juga petanda lainnya seperti, mempunyai kesan lebam pada bahagian tubuh setelah bangun dari tidur, rumahtangga sering bermasalah, sering bergaduh walaupun dalam perkara remeh, anak-anak yang tidak mendengar kata dan degil serta kerap rasa sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali.

pesta

Jika anda didapati menpunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, segeralah mengambil tindakan awal dengan berjumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Selain itu, selidik terlebih dahulu salasilah keturunan anda mungkin ada nenek moyang anda pernah mengamalkan saka.

Sentiasalah berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat juga merupakan salah satu cara untuk mengeluarkan saka dalam badan seseorang.

pesta

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.

Bila dengar kisah-kisah pasal saka nie, meremang bulu roma. Lain maciam seramnya. Anda pernah mengalami gangguan saka??…jom kongsikan cerita anda kat ruangan komen..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

One thought on “Tanda-Tanda Gangguan Saka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!