Pada zaman moden ini, ada lagike yang percaya pada benda-benda mistik nie?…Mungkin rata-rata dikalangan anda yang tak percaya pada benda-benda macam nie, lagi-lagi bila zaman dah semakin moden. Tapi ada segelintir masyarakat yang masih percaya pada kepercayaan karut yang di ceritakan kepada mereka daripada generasi terdahulu.

Kepercayaan karut ini bukanlah perkara biasa yang terjadi di Malaysia, tapi ia turut terjadi boleh dikatakan di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai kepercayaan karut yang tersendiri dan masih ramai yang percaya pada benda-benda macam ini. Hari nie admin nak share dengan beberapa kepercayaan karut yang diamalkan dibeberapa negara.

Bigfoot Chasers - Tree Knocks - YouTube

Menurut website Ranker.com, hampir semua rakyat Amerika Syarikat percaya dengan kepercayaan ini. Knock on wood adalah satu kepercayaan yang mana mereka akan buat bila ingin jauhkan diri daripada malapetaka atas perkara yang telah diperkatakan sebelum ini. Selalunya mereka akan cari pokok atau apa sahaja benda yang diperbuat dari kayu dan mengetuknya sebanyak tiga kali lalu membuat permohonan.

Building your Pagan Community - Grounded In The Earth

Kepercayan ini dikatakan sudah ada sejak dari dulu lagi. Orang Pagan percaya terdapat roh yang hidup di dalam kayu dan pokok. Jadi dengan mengetuk pada kayu ataupun pokok, dorang percaya roh pada kayu dan pokok tersebut akan maafkan dorang atas benda yang dorang cakap.

JEPUN

KEPERCAYAAN KHURAFAT JEPUN | Melancong Ke Jepun

Menurut kepercayaan orang Jepun, menulis nama sendiri atau nama orang yang dibenci dengan pen berdakwat merah akan menyebabkan individu terbabit akan ditimpa malapetaka atau mati. Ada kemungkinan juga movie Death Note mengambil inspirasi daripada kepercayaan ini. Kanak-kanak pula dilarang untuk memotong kuku pada waktu malam kerana ia akan menyebabkan ibu bapa dorang mati dahulu sebelum dorang.

Urban Legends Jepun Yang Seram Gila! | THELAKI

Orang Jepun juga percaya jangan tidur dengan kepala menghadap utara kerana orang mati selalunya ditanam seperti itu. Jika mereka nampak kereta mayat sedang berada dihadapan, mereka kena cepat-cepat sorok ibu jari dekat belakang badan kalau tidak Malaikat Maut akan ambik nyawa ibu dan ayah mereka.

RUSIA

Kepercayaan Karut Yang Masih Wujud!? | syafiraj.com

Menurut survey yang dilakukan oleh Levada Center pada tahun 2013, hampir 53% rakyat Rusia percaya kepada kepercayaan karut. Antara benda yang boleh membawa malang dan tak patut dilakukan di Rusia adalah memberikan seseorang sejambak bunga dengan jumlah bunga yang genap.

Selalunya flower bouquet yang mempunyai jumlah bunga yang genap akan dibawa dan diberikan pada majlis kematian. Dengan memberikan 10 kuntum bunga contohnya pada seseorang umpama seperti mendoakan sesorang itu mati cepat. Hati-hati kalau korang nak ngorat awek Rusia dan pastikan kira dulu berapa jumlah bunga yang ada….hahaha!

THAILAND

Memori Siam: Penglipurlara di Thailand

Di Thailand pula, masyarakat mereka dilarang untuk memotong rambut pada hari rabu kerana digambarkan mereka mungkin akan mendapat nasib yang malang. Disebabkan itu, kalau anda pernah pergi Thailand dan perasan, kedai gunting rambut dan salon di sana akan tutup kedai pada hari rabu sahaja.

Ada juga mengatakan dan percaya mereka tak boleh potong rambut pada hari rabu kerana hanya raja sahaja yang potong rambut pada hari tersebut. Jadi sebagai tanda hormat mereka pada raja, rakyat biasa tidak boleh memotong rambut pada hari rabu dan dikhaskan untuk raja sahaja.

AFRIKA

Kepercayaan Karut Yang Masih Wujud | syafiraj.com

Antara kepercayaan karut yang popular di Afrika adalah wanita yang sedang mengandung dilarang sama sekali untuk pergi ke zoo. Ini kerana mereka percaya bahawa jika wanita tersebut pergi ke zoo, kemungkinan besar anak yang dilahirkan akan mempunyai rupa seperti haiwan.

Satu lagi kepercayaan yang hanya khas kepada wanita di Afrika adalah mereka dilarang sama sekali untuk memakan daging kambing bila berada di Rwanda kerana menurut cerita orang-orang dahulu, jika wanita tersebut makan kambing di Rwanda, mereka akan tumbuh janggut dan perangai semakin lama akan jadi degil!

Malaysia

Kepercayaan Karut Terhadap Amalan 'Mandi Bunga' Dalam Masyarakat ...

Di Malayisa juga tiada kurangnya. Bermacam-macam kepercayaan karut diamalkan Kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Macam di Afrika, Malaysia pun ada kongsi kepercayaan karut yang sama berkenaan wanita yang mengandung iaitu mereka dilarang sama sekali menyakiti haiwan. Kemungkinan besar anak bila lahir akan berperangai dan menyerupai binatang yang mereka sakiti.

Bukan itu saja, malah banyak lagi kepercayaan mengarut yang diamalkan di negara kita. Jom kongsikan kepercayaan karut yang pernah anda dengar di ruangan komen di bawah.

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!