Kebiasaan yang kita dengar jika berlaku kes penculikan dan pembunuhan, mesti si pelaku merupakan orang dewasa. Kalau bukan dewasa pun mungkin ada kes terpencil yang dilakukan oleh remaja belasan tahun. Kes culik dan bunuh bukan satu kes kecil kerana sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung. Tapi kali ini admin nak share kisah pembunuhan yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak berumur 10 tahun.

HILANG DARI PENGAWASAN IBUNYA

Kes ini berlaku di Liverpool, England pada tahun 1993. Jamie Bulger pada mulanya dilaporkan hilang oleh ibunya semasa sedang beli barang di shopping mall. Robert Thompson dan Jon Venables, suspek utama kes ini, berjaya menghasut budak kecil berumur 2 tahun itu untuk mengekori mereka keluar dari pusat beli belah. Bulger tanpa banyak soal, mengekori mereka berdua ke satu destinasi yang tidak diketahui pada mulanya.

Pada saat ini, ibu Bulger yang sedang membeli barang tadi menyedari kehilangan anaknya itu. Dia pun terus melaporkan ke bahagian keselamatan mall tersebut. Pengumuman tentang kehilangan anaknya dibuat tetapi tiada yang nampak anaknya di dalam mall, sampai lah ada orang beritahu yang dia nampak anaknya berjalan keluar dari mall. Pada ketika ini ibunya sudah mula cemas kerana tidak tahu anaknya dibawa oleh siapa dan ke mana. Dia terus menuju ke balai polis untuk melaporkan kehilangan.

RAMAI SAKSI MELIHAT MEREKA

Sepanjang mereka bertiga berjalan-jalan di luar, ramai saksi yang nampak.  Ada juga yang curiga dengan tindakan Thompson dan Venables yang kelihatan menendang dan menjatuhkan Bulger. Sampai lebam dahi Bulger, tapi semua buat tak tahu sebab menyangkakan mereka hanya adik-beradik. Bulger dikatakan terus dibawa berkeliaran di sekitar Liverpool melalui kedai-kedai, bangunan, tempat parkir dan lalu di jalan yang sibuk.

https://twitter.com/speechlessbabyx/status/1246822713248886785?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1246822713248886785&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thelaki.com.my%2Fjamie-bulger-dibunuh-kejam-oleh-budak-10-tahun%2F

Ada saksi menyatakan yang dia nampak Bulger ketawa dan kemudian menangis sambil menjerit memanggil ibunya. Ada juga yang nampak Bulger disepak di bahagian tulang rusuk kerana enggan mengekori Thompson dan Venables lagi. Tapi tak ada siapa pun yang ambil tindakan atau menegur mereka. Terdapat juga satu saksi, seorang perempuan yang dah berumur,  pergi menegur mereka lepas nampak Bulger menangis. Bila ditanya kenapa, Thompson dan Venables menjawab mereka tidak tahu dan baru terjumpa dengan Bulger di bawah bukit. Sekali lagi mereka berdua terlepas dari kena suspek apa-apa selepas perempuan tu mempercayai mereka.

PEMBUNUHAN YANG KEJAM

Boleh dikatakan ramai saksi melihat mereka bertiga merayau-rayau di bandar Liverpool, dan ada juga yang curiga dengan mereka, tetapi tiada sorang pun yang datang untuk tolong Bulger. Kemudian Bulger di bawa ke satu kawasan kereta api. Di situ lah segala penyeksaan dilakukan oleh mereka berdua terhadap Bulger sehingga akhirnya anak kecil malang itu terbunuh. Polis melaporkan mereka menjumpai mayat Bulger dengan kesan retakan di tempurung kepala dipercayai dihentak menggunakan bar besi seberat 22 paun.

Thompson dan Venables akhirnya ditangkap dan disabitkan dengan pembunuhan James Bulger, menjadikan mereka penjenayah yang paling muda disabitkan dengan jenayah bunuh di Britain dalam tempoh 250 tahun. Venables dan Thompson kemudiannya dihukum mengikut protokol bagi pesalah remaja yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dalam tempoh hukuman tidak terbatas. Ibu dan bapa kepada Bulger menjadi trauma dan merasakan Venables dan Thompson tidak sepatutnya berada dalam masyarakat dan perlu ditempatkan di dalam penjara.

https://www.instagram.com/p/BfV4kailEGV/?utm_source=ig_embed

Dilaporkan juga selepas mereka berdua keluar dari penjara, Thompson menjalani kehidupan sendiri tanpa melakukan sebarang kes jenayah, tetapi sebaliknya buat Venables yang beberapa kali disabitkan kesalahan menyimpan video lucah kanak-kanak. Sehingga kini, motif penderaan dan pembunuhan terhadap James Bulger tidak diketahui. Jika anda nak tengok kes ni dalam bentuk filem, boleh search tajuk filem Detainment (2018).

Admin tak dapat bayangkan bagaimana budak 10 tahun berani melakukan kes-kes jenayah berat sebegini. Bagi admin, faktor didikan anak dari peringkat kecil akan membentuk keperibadian anak itu apabila dewasa kelak. Apa pula pendapat anda..jom share kat ruangan komen..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!