Dengar macam pelik tapi sudah semestinya anda sendiri pernah dengar orang yang makan benda-benda pelik macam batu, pasir, kaca dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga, banyak kes-kes yang mana doktor terpaksa mengeluarkan benda-benda pelik yang terdapat dalam badan manusia.

Sebenarnya itu adalah benda-benda asing yang mereka masukkan sendiri dalam perut tapi ada juga benda-benda pelik yang pesakit sendiri tak tahu wujud dalam badan mereka. Jadi untuk artikel hari ini, admin nak share dengan anda beberapa benda pelik yang doktor berjaya keluarkan daripada badan manusia.

PISAU

Pada tahun 2006, seorang lelaki di China bernama Li Fu telah terlibat dalam satu kes rompakan. Dia telah dirompak dan diserang di kepala menggunakan pisau. Dia berjaya diselamatkan tapi setelah beberapa bulan dia telah mengadu menghidapi sakit kepala yang sangat kronik.

Setelah empat tahun, akhirnya doktor mengarahkan dia menjalani X-Ray untuk melihat masalah pada kepala Li Fu. Alangkah terkejutnya doktor kerana telah menjumpai serpihan pisau berukuran 4 inci yang tertusuk di dalam otaknya. Fuhh..seramm!!!

KEMBAR

Seorang lelaki India, Sanju Bhagat selalu diejek sejak kecil disebabkan perut dia yang buncit. Selepas 36 tahun, Sanju telah mengadu yang dia sukar untuk bernafas dan telah dibawa ke hospital. Doktor mengesyaki yang Sanju mungkin menghidapi kanser usus dan terus menjalankan pembedahan untuk mengubati Sanju.

Tapi semasa pembedahan, doktor terkejut kerana telah menjumpai tapak tangan manusia di dalam perutnya! Rupa-rupanya Sanju menghidapi satu penyakit yang dipanggil Fetus in Fetu. Tangan yang dijumpai sebenarnya adalah tangan dari kembar Sanju yang disyaki telah hidup di dalam perutnya selama 36 tahun!

SUDU & GARPU

Pada tahun 1979, seorang wanita bernama Margaret Daalman telah dimasukkan ke dalam hospital setelah mengadu sakit perut. Setelah melakukan ujian X-Ray, doktor mengesyaki terdapat seekor sotong kecil di dalam perutnya. Tapi setelah melakukan pembedahan, doktor sendiri geleng kepala bila tahu benda sebenar dalam perut Margaret.

Rupa-rupanya Margaret mempunyai perangai pelik iaitu dia akan menelan sudu dan garpu sejak dari kecil. Doktor telah menjumpai sebanyak 78 batang sudu dan garpu di dalam perut Margaret. Memang sakit perutlah cerita dia kalau asyik telan sudu & garpu!!

BUNGA

Pada tahun 2013, seorang bayi berumur 16 bulan daripada China telah dikejarkan ke hospital setelah menangis tanpa henti. Doktor mendapati bayi ini selalu menggaru telinga kirinya seperti ada sesuatu di dalam telinganya yang membuatkan dia tidak selesa.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor telah menjumpai sekuntum bunga dandelion yang telah tumbuh di dalam telinga bayi tersebut. Ibu bapa bayi tersebut memberitahu beberapa bulan sebelum ini mereka perasan yang ada biji benih terjatuh ke dalam telinga anak mereka tapi terlupa untuk membawa anak dorang ke hospital. Fail betul mak ayah macam ni!

HAIRBALL

Ini pula tentang seorang kanak-kanak di China yang telah dikejarkan ke hospital apabila mengadu sakit perut yang teramat sangat. Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai FeiFei cuma berumur lapan tahun. Dia turut memberitahu yang dia turut muntah-muntah tanpa henti.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mendapati terdapat gumpalan rambut yang besar di dalam perutnya. Rupa-rupanya FeiFei mengidap satu simptom yang dipanggil sebagai Rapunzel Syndrome yang mana dia suka memakan rambutnya sendiri. Gumpalan rambut seberat 1.5 Kg berjaya dikeluarkan daripada perut kanak-kanak tersebut.

Macam-macam betul dengan manusia sekarang nie…apa pula kata anda..jom kongsi pendapat kat ruangan komen

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!