Jika kita perhatikan semua kes-kes penjenayah kejam, mesti kita terbayangkan dorang ini lelaki jenis yang suka bersendiri, kurang kasih sayang dan sebagainya. Tapi jarang kita tengok orang yang dah berkeluarga, cukup kasih sayang, ada anak bini tapi dalam masa yang merupakan antara pembunuh bersiri paling kejam.

Lagi bertambah rare bila dia bukan buat kerja ini sorang-sorang tapi buat bersama-sama dengan pasangan dorang. Bayangkan perasaan membunuh itu bukan datang daripada satu individu tapi dikongsi pula dengan pasangan dorang yang sama-sama kejam.

Hari ini saya nak share dengan korang tentang pasangan penjenayah kejam iaitu The Lonely Heart Killer. Yang pastinya ini bukan #RelationshipGoals ye!

THE LONELY HEART KILLER

Bayangkan seorang pembunuh yang tidak siuman dalam masa yang sama salah seorang daripada ahli kumpulan ajaran sesat berjumpa dengan seorang yang sangat perlukan kasih sayang sampai sanggup buat apa saja untuk pasangan dia.

Itulah dia The Lonely Heart Killer, satu pasangan yang dicipta untuk ke neraka bersama-sama yang telah membunuh hampir 20 orang wanita dari tahun 1947 hingga 1949. Segalanya bermula bila Raymond Fernandes seorang bekas askar telah menemui kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Satu batang besi telah terjatuh diatas kepalanya mengakibatkan tengkoraknya retak. Sebaik saja keluar dari hospital, Raymond telah beberapa kali dimasukan kedalam penjara akibat kes-kes curi. Di dalam penjara, dia telah berkenalan dengan seorang penjenayah dan belajar tentang ilmu-ilmu hitam.

Dengan ilmu hitam ini, dia percaya dia mampu memukau wanita-wanita dan ketika itulah dia bertemu dengan Martha. Kehidupan Martha sebelum ini juga tidak seindah orang-orang lain. Semasa kecil, Martha telah beberapa kali diperkosa oleh abangnya sendiri namun bila dia memberitahu perkara tersebut kepada ibunya, dia telah dipukul oleh ibunya sendiri kerana dikatakan cuba mengada-adakan cerita!

Akibat tidak tahan didera, satu hari Martha mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan menjadi pembantu di salah satu rumah mayat dan daripada sini dia mula berminat tentang kematian dan sebagainya. Selepas itu, Martha pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki namun semuanya tidak kekal. Semasa kehidupannya, Martha telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Dengan status ibu tunggal dan tidak mempunyai kerja yang tetap, Martha telah berjumpa dengan Raymond pada tahun 1947 dan daripada situ mereka telah mula bercinta. Raymond betul-betul gembira bila dia melihat Martha seorang insan yang akan membuat apa saja untuk pasangannya demi memastikan hatinya gembira.

SCAM DAN MEMBUNUH!

Demi mencari duit lebih dengan cara yang mudah, Raymond dan Martha mula menjalankan satu scheme untuk menipu wanita-wanita yang kesepian yang sering menghantar gambar dan biodata mereka di sebuah kolum majalah yang dipanggi Lonely Heart. Kolum ini lebih kurang macam korang tengok dekat majalah dulu-dulu yang dorang letak gambar dan biodata tulah.

Raymond dijadikan umpan untuk memikat gadis-gadis yang kesepian ini dan bila umpan mereka mengena, Raymond akan mengikis duit mereka sehingga habis. Namun lama-lama rancangan mereka mula terbantut bila Martha sendiri tidak suka Raymond berpoya-poya dengan perempuan lain walaupun dia sendiri yang membuat rancangan tersebut.

Pada tahun 1949, Martha terjumpa salah seorang mangsa Raymond iaitu Janet Frei yang sedang baring sambil mata tertutup diatas katil Raymond. Disebabkan perasaan cemburu yang membuak, Martha telah memukul Janet dengan menggunakan hammer. Raymond kemudiannya menamatkan riwayat Janet dengan mencekiknya sehingga mati. Dan ini menjadikan Janet Frei sebagai mangsa pembunuhan pertama mereka.

Antara kes pembunuhan mereka yang paling kejam adalah kes pembunuhan seorang ibu tunggal yang bernama Deliphene Downing dan anak perempuan Deliphene yang berumur 2 tahun. Raymond dan Martha menumpang dirumah Deliphene demi melarikan diri daripada kes-kes pembunuhan mereka sebelum ini.

Rumah dimana mereka membunuh Deliphene Downing

Satu hari, Martha telah bertindak untuk memberikan ubat tidur kepada Deliphene. Selepas dia tertidur, anaknya yang masih kecil mula menangis dan ini membuatkan Martha mula naik angin. Martha telah bertindak untuk mencekik kanak-kanak tersebut. Disebabkan takut Deliphene akan ternampak kesan cekik pada leher anaknya, Raymond bertindak untuk menembak Deliphene tepat dikepala semasa dia sedang tidur.

Beberapa hari selepas Deliphene dikebumikan, Martha mula naik angin kembali bila anak Deliphene tidak berhenti-henti menangis. Kali ini Martha mengambil keputusan untuk melemaskan anak kecil itu didalam bathtub.

AKHIRNYA TERTANGKAP!

Selepas beberapa kali cuba melarikan diri, akhirnya Raymond dan Martha ditahan polis dan dibicarakan di mahkamah. Semasa sedang dibicara, Raymond dan Martha menafikan yang mereka terlibat dengan hampir 17 kes pembunuhan dan menyatakan mereka tidak bersalah.

Namun dengan bukti yang cukup, Raymond dan Martha akhirnya disahkan bersalah dan menerima hukuman mati. Sebelum hukuman dijalankan ke atas Martha, dia memberikan kata-kata terakhirnya yang berbunyi:

“My story is a love story. But only those tortured by love can know what I mean. I am not unfeeling, stupid or moronic. I am a woman who had great love and will always have it. Imprisonment in the Death House has only strengthened my feeling to Raymond”

Kata-kata terakhir Martha telah disemadi dan diukir di atas batu nisannya. Korang nampak tak apa yang orang sanggup buat demi cinta? Lagi-lagi bila seseorang itu tidak pernah tahu apa itu kasih sayang sebelum ini. Semoga semua mangsa-mangsa The Lonely Heart Killer bersemadi dengan aman.

Sebab itu, dari kecil ibu bapa perlu terapkan dan ajarkan anak tentang baik dan buruk serta akibat dari setiap tindakan mereka. Bila tiada siapa yang tegur dan beri tunjuk ajar, maka terwujudla spesis makhluk yang tak reti bahasa…apa pula kata korang?..jom kongsi pendapat korang kat ruangan komen..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!