FBI Most Wanted Fugitives merupakan satu senarai nama penjenayah yang dikehendaki oleh FBI (Federal Bureau of Investigation). List ini telah dikeluarkan pertama kalinya pada tahun 1949 apabila pengarah FBI, J. Edgar Hoover dan William Kinsey Hutchinson, editor-in-chief International News Service cuba untuk mendapatkan bantuan orang awam dalam menangkap penjenayah berbahaya ini. Melalui list ini, orang awam dapat membantu FBI dalam mengenal pasti penjenayah yang dikehendaki dan menyalurkan maklumat kepada FBI. Nama-nama yang tersenarai dalam list cuma akan dikeluarkan jika orang tersebut sudah ditangkap, mati ataupun pertuduhan terhadap dirinya telah digugurkan. Berikut adalah nama-nama yang masih ada di dalam senarai FBI Most Wanted. ROBERT WILLIAM FISHER Robert Fisher dikehendaki oleh pihak berkuasa atau pertuduhan pembunuhan yang dilakukan keatas isteri dan dua orang anaknya yang berlaku pada 10 April 2001. Robert merupakan bekas U.S Navy dan telah berkahwin dengan Mary Cooper pada tahun 1987. Pada pagi 10 April 2001, Robert telah menembak Mary dibahagian belakang kepalanya dan dia telah memotong leher dua-dua anaknya sebelum dia meletupkan rumah yang dorang duduki. Siasatan mendapati Robert takut yang Mary akan meminta cerai dan membawa lari dua orang anaknya. Nama Robert telah dimasukan ke dalam FBI Most Wanted sejak dari June 2002. ASER ABDEL SAID Yaser Abdel Said dilahirkan pada 27 January 1957 merupakan seorang berbangsa arab yang menetap di America. Dia dikehendaki oleh pihak FBI atas tuduhan pembunuhan yang dilakukan kepada dua orang anak perempuannya di Irving, Texas. Yaser dilaporkan seorang yang controlling terhadap ahli keluarganya dan dia dikatakan sangat marah bila dia merasakan dua orang anak perempuannya iaitu Aminah yang berumur 18 tahun dan Sarah yang berusia 17 tahun cuba untuk menjatuhkan maruah keluarganya. Pada 1 January 2008, dia telah membawa dua anak perempuannya untuk keluar makan sebelum dia menembak mati kedua orang anaknya didalam kereta. Sehingga hari ini Yaser masih lagi bebas. BHADRESHKUMAR PATEL Bhadreshkumar Chetanbhai Patel yang dilahirkan pada 15 May 1990 merupakan seorang lelaki berbangsa India yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atas pertuduhan membunuh isterinya, Palak yang berumur 21 tahun. Kejadian yang berlaku di kedai Dunkin’ Donuts tempat Patel dan isterinya Palak berkerja. Pada malam 12 April 2015, Mereka berdua yang bekerja pada shift malam telah dikatakan bertengkar dan memasuki kawasan dapur mengikut video CCTV yang ditunjukkan. Mereka bertengkar kerana Palak ingin pulang ke India namun Patel ingin menetap di America. Palak telah dipukul dan ditikam berkali oleh suaminya Patel. Patel telah dimasukkan di dalam list FBI Most Wanted sejak April 2017. Semakin hari, kita sendiripun semakin takut..keluarga dan darah daging sendiri sanggup membunuh. Sebab itu, daripada kecil lagi kita perlu dedahkan anak-anak tentang agama, perbezaan sisi baik dan buruk agar bila mereka besar kelak menjadi insan yang berguna dan boleh diharap serta menjadi tunggak keluarga. Apa pulak pendapat korang?..jom pakat-pakat share cerita dan pendapat korang kat ruangan komen.. Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 683 Post navigation Pahlawan Elite, Kacak & Hebat Korea! DUKUN KEJAM INDONESIA!