Bermuda Triangle boleh dikatakan antara kawasan paling misteri di dunia. Kedudukan Bermuda Triangle ini terletak diantara Bermuda, Puerto Rico dan juga Miami. Kenapa kawasan ini dikatakan kawasan paling misteri di dunia?

Semua kerana banyak kes-kes kehilangan kapal termasuk kapal terbang di kawasan tersebut secara tiba-tiba dan kes ini masih tidak dapat diselesaikan hingga sekarang. Ada banyak lagi tempat-tempat misteri di dunia dan beberapa kawasan yang mungkin korang tak pernah tahu.

SUPERSTITION MOUNTAINS

Superstition Mountains ini terletak di area Phoenix, Arizona. Gunung ini terkenal dengan kisah dan kejadian misteri yang selalu diceritakan oleh masyarakat sekeliling. Antara kisah yang selalu diceritakan adalah puak Apache percaya yang gunung ini merupakan pintu gerbang ke neraka!

Ada juga kisah yang menyatakan terdapat banyak jongkong emas yang telah disorok disebuah lombong yang terdapat pada gunung ini. Lombong ini digelar sebagai The Lost Dutchman Gold Mine. Orang asli dikawasan ini percaya terdapat satu makhluk yang dipanggil sebagai Tuar–Tums yang menjaga lombong ini daripada dijumpai oleh orang ramai.

LAKE NATRON

Tasik ini boleh dikatakan lebih pelik dan misteri daripada Bermuda Triangle. Lake Natron yang terletak di Tanzania ini terkenal kerana segala binatang yang mati berdekatan dengan tasik ini, kerana binatang tersebut seakan-akan telah diawet.

Lake Natron mempunyai kelebihan ini kerana kandungan natron yang tinggi yang ada dalam air tasik ini. Orang purba Egyptians dahulu menggunakan natron untuk mengawet mayat-mayat mereka. Pada tahun 2011, seorang jurugambar Nick Brandt telah menangkap gambar-gambar binatang yang mati dekat tasik ini untuk bukunya iaitu Across the Ravaged Land.

AOKIGAHARA FOREST

Aokigahara Forest terkenal disebabkan ramai orang bunuh diri di dalam hutan tersebut. Aokigahara Forest atau lebih dikenali sebagai The Suicide Forest ini terletak berhampiran dengan gunung Fuji. Laporan menyatakan lebih daripada 100 orang datang ke hutan ini untuk bunuh diri setiap tahun.

Mayat-mayat mereka yang bunuh diri di dalam hutan ini selalunya mengambil masa bertahun-tahun untuk dijumpai. Walaupun hutan ini terkenal dengan tempat orang bunuh diri, masih terdapat orang-orang yang sekadar datang ke sini untuk beriadah bersama-sama dengan keluarga!

HOIA BACIU FOREST

Hutan yang terletak di Romania ini mendapat gelaran The Bermuda Triangle of Romania kerana ramai orang yang hilang di dalam hutan ini. Menurut laporan, lebih daripada 1,000 orang telah hilang di dalam hutan ini setiap tahun dan kehilangan ini masih menjadi misteri hingga sekarang.

Hutan ini juga mempunyai beberapa effect yang pelik kepada mereka yang datang ke sini antaranya muntah secara tiba-tiba, ruam dan sebagainya. Ada juga yang melaporkan mereka terdengar bunyi-bunyi ganjil dan menyeramkan semasa mereka berada di hutan ini.

Sebenarnya seronok bila pergi tempat-tempat misteri macam nie. Cuma yang tak bestnya bila ada benda ikut kita balik umah..ha tu yang tak best…pastu yang paling tak best bila dia kacau satu umah…

Macam-macam ayat keluar dari mulut..jom share pengalaman korang kat ruangan komen di bawah kot-kot ada pengalaman kat tempat-tempat pelik..

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com atau pm admin syafiraj & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!