Dahlah kena langgar….tengah-tengah sakit ingatkan tolong bawa pergi Hospital..tapi berlaku sebaliknya dan jadi mangsa rogol…Masyallah..apalah nak jadi dengan dunia sekarang… Seorang peguam yang juga merupakan salah seorang daripada badan NGO kongsi kisah bagaimana perogol cuba memutar belit fakta selepas merogol mangsa. Dalam kejadian itu, pelaku tersebut dipercayai melanggar mangsa sehingga terpelanting ke longkang sebelum merogol mangsa dengan dahsyat. Kes ini berlanjutan ke mahkamah dan ianya berpihak kepada mangsa tersebut kerana berani melaporkan perkara ini. Kononnya nak tolong lepas dilanggar Menurut peguam ini, mangsa dilanggar sebelum diangkat masuk ke dalam kereta dengan niat ingin membawa mangsa ke hospital. Namun ianya berlaku sekelip mata apabila si pelaku membawa mangsa langgar tersebut ke rumah sebelum merogolnya. Malah kejadian langgar itu adalah disengajakan pelaku dengan niat ingin merogol. Mangsa Berasa takut dan panik Lebih memilukan, dalam keadaan tidak berdaya mangsa ditiarapkan oleh pelaku dengan kasarnya dan mengikat tangan mangsa agar tidak bergerak. Mangsa takut dan panik dalam keadaan yang lemah. Kejam sungguh! Dirogol pelaku Dalam keadaan tidak berdaya, mangsa dirogol dalam keadaan tangan diikat dibelakang. Walaupun cuba meronta, namun kudrat pelaku tidak dapat dilawan. Mangsa juga takut jika dia dibunuh lalu memujuk lembut agar dilepaskan untuk dihantar ke hospital dan pelaku setuju. Dilanggar dan dirogol Setibanya di hospital, mangsa dirawat dan sempat memberitahu dia dirogol dan dilanggar oleh pelaku. Kes ini kemudiannya dilaporkan kepada polis. Mangsa mengalami pendarahan yang teruk akibat dirogol. Pelaku putar belit fakta Kes ini turut dibawa hingga ke pembelaan mahkamah, namun si pelaku tidak mengaku bersalah. Menurutnya, dia melanggar mangsa hanya sedikit sahaja dan kemudian mangsa mengajak pelaku untuk minum minum. Si pelaku turut memutarkan belit fakta seolah-olah mangsa dalam keadaan sedar. Konon suka sama suka Pelaku turut mendakwa dia dan mangsa suka sama suka melakukan adegan tersebut. Namun pihak mahkamah menolak segala tuduhan pelaku selepas perkara ini disahkan sendiri oleh doktor yang merawat. Sila buat laporan polis Peguam ini turut memberi pesan agar wanita di luar sana jika terlibat kes sebegini silalah buat laporan agar perkara ini dapat disahkan oleh pihak ketiga. Segera laporkan ke polis untuk mendapatkan bukti. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang menakutkan ini…Aminnn Sumber : Aminahtul Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 1,180 Post navigation Melampau!!!..Tupai Dihukum Kejam Amboi !!!..Ini Dia 35 Ayat Pick Up Line Untuk Mengorat Si Dia..