Nama Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Keprihatinan dia membantu ramai orang yang ditimpa kesusahan mendapat pujian netizen.

Terbaru, dia terpaksa berhadapan dengan satu peristiwa yang menyayat hati apabila seorang ibu dan bayinya meninggal dunia sewaktu kelahiran kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital.

Uncle Kuan Chee Heng menceritakan kejadian yang menyayat hati terpaksa menguruskan jenazah seorang ibu dan bayi meninggal dunia ketika bersalin. Keluarga ini juga tidak mempunyai duit untuk menjalankan urusan kelahiran anak di hospital.

Dia dihubungi seseorang dan memaklumkan sepasang suami isteri warga Indonesia sedang berhadapan dengan ‘kecemasan’ di sebuah rumah di Puchong. Sebaik tiba di sana, dia terlihat bayi perempuan yang dilahirkan berada di hujung kaki ibunya dalam keadaan tidak bernyawa.

Hati saya robek. Melihat jenazah bayi dan mak kaku. Hanya kerana tiada duit nak bersalin di hospital. Suami hanya sewa bilik RM 250 sebulan. Merantau ke Malaysia, kerja sebagai welder gaji tak seberapa dan nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit. Akhirnya terkorban bayi dan mak. Mati dalam masa bersalin, baby pun meninggal dunia. Sedekahlah doa-doa yang baik untuk mereka berdua.

Kami manusia bukan haiwan

Sekiranya anda bukan warganegara Malaysia sekalipun, anda dinasihatkan untuk ke hospital dan berjumpa dengan doktor demi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku. Bagaimanapun, hari ini uncle Kuan Chee Heng akan membantu menguruskan urusan pengebumian jenazah berkenaan.

Wahai orang seberang. Jangan takut, jangan khuatir, pergi bersalin di hospital. Kami Malaysia tak busuk hati. Takkan doktor halau kamu dari hospital. Jangan bimbang sangat. Kami manusia bukan haiwan. Kami ada hati, doktor pun ada hati. Malaysia pun ada hati. Jangan terkorban begini sahaja.

Hari ini saya akan uruskan kedua-dua mereka bersama ayah mereka. Saya akan jumpa ayah nanti. Semoga kamu berdua ditempatkan di syurga. Bersama-sama mereka yang beriman. Kami doakan yang terbaik. Anak dan suamimu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup. Saya akan bantu, kami akan bantu. Rest in peace.

Semoga Roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..Aminn

Sumber: Kuan Chee Heng

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!