Seorang lelaki warganegara Thailand telah ditahan oleh pihak polis kerana bertindak kejam membunuh ibu kandungnya yang berusia 53 tahun di rumah mereka di perkampungan Hua Wiang. Lebih mengejutkan apabila suspek tergamak mencincang mangsa dan menyorok anggota badan tersebut di dalam dua bekas berisi ais.

Terancam Dengan Ugutan Ibu

Menerusi laporan Bangkok Post, suspek dikatakan berbuat demikian kerana berang dengan mangsa yang mengancam untuk melaporkan perbuatannya merogol anak kandungnya.

Menurut pihak polis, kedua beranak ini kemudian bertengkar antara satu sama lain sehinggalah suspek nekad menikam ibu kandungnya dengan menggunakan pisau tajam sebelum dia menyorokkan cebisan mayat tersebut di dalam bekas berkenaan.

Suspek yang bimbang perbuatannya terbongkar lalu nekad bertindak membunuh dan mengerat mayat ibunya kepada beberapa bahagian.

Suspek yang berusia 35 tahun ini kemudian telah memberitahu tindakannya itu kepada ketua kampung dan memintanya untuk melaporkan kepada pihak polis. Menceritakan kisah itu, suspek dikatakan tidak dapat merahsiakan lagi perbuatannya itu memandangkan jiran tetangga sering bertanyakan tentang keberadaan ibunya.

Tanam Kepala Mangsa

Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, suspek yang berada di situ kemudian membawa mereka ke sebuah bilik yang terletak di bahagian belakang rumah tersebut. Pihak polis akhirnya menemui beberapa bahagian mayat mangsa yang diletakkan di dalam dua bekas berisi ais tetapi apa yang peliknya kepala mangsa tidak dijumpai.

Suspek yang berada di situ memberitahu bahawa dia telah menanam kepala ibunya itu di satu kawasan yang terletak di sepanjang jalan Wiang Pa Pao Phrao. Suspek telah ditahan pihak polis untuk di ambil tindakan undang-undang.

Sumber: Bangkok PostSinar Harian

Ada cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!