Pemilik bengkel membaiki kereta yang mengenakan bayaran tambahan RM200 kerana perlu bekerja pada hari Ahad tidak menepati janji sehingga mencetuskan pergaduhan dengan pelanggan. Menurut laporan Astro Awani, pemilik kereta Alza naik berang selepas merasakan dirinya ditipu pemilik bengkel di Taman Putra Perdana, Puchong yang pada awalnya memberi kesanggupan membaiki kenderaan walaupun cuti hujung minggu. Namun, apabila pemilik kereta Alza tiba di bengkel pada petang Ahad bersama rakannya itu, mereka mendapati bengkel tersebut ditutup, sedangkan dia sudah membuat bayaran tambahan untuk membaiki kereta pada hujung minggu, selain kos baik pulih sebanyak RM410. Akibat bengang dengan perbuatan pemilik bengkel, pelanggan tersebut menggesa supaya keretanya dialihkan namun dihalang pemilik bengkel sehingga tercetusnya pergaduhan besar di mana pelanggan tersebut diserang dengan parang dan alat pemadam api. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abd Aziz Ali, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan dan sempat melarikan diri sebelum menjalani rawatan di Hospital Putrajaya sebagai pesakit luar. Suspek turut merosakkan beberapa kenderaan awam sebelum berjaya ditahan polis. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Ada cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 590 Post navigation Pak Cik Kentang, lelaki Cina yang tawar bantuan van jenazah RM1 Sanggup Potong Hidung Dan Telinga Untuk Capai Wajah Impian