Kuan Chee Heng lebih dikenali sebagai Pak Cik Kentang, mempunyai misi tersendiri dalam membantu sesama manusia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Lebih menarik, ‘pak cik kentang’ yang terkenal kerana memberi kentang sebagai buah tangan kepada pihak yang dibantu ini amat mudah didekati dan tidak menolak sebarang permintaan bantuan. Lelaki Tiong Hwa dari Batu Pahat, Johor berusia 55 tahun ini terkenal selepas sifatnya yang suka membantu orang secara percuma dengan kerelaan hati tersebar di laman sosial dan media masa. Layari sahaja laman sosial Facebook beliau, pasti banyak perkongsian menarik mengenai pihak yang dibantu, tawaran bantuan dan bantuan masa depan dikongsi secara terbuka. Ahli perniagaan dan aktivis masyarakat ini paling dikenali kerana usahanya menyediakan perkhidmatan ambulans kepada orang yang memerlukan dengan harga yang sangat murah 10 sen. Sejak itu, beliau juga digelar lelaki 10-sen. Selain itu, Pak Cik Kentang menyediakan perkhidmatan van jenazah RM 1, sewa rumah RM1 sehari dan pelbagai bantuan lain kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang. Terbaru, beliau dikatakan sedang mencari penduduk Sabah dan Sarawak yang menghidap penyakit kanser untuk mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara. Beliau mahu membantu dengan menyediakan khidmat pengangkutan untuk ke Institut Kanser Negara dan menyediakan tempat tinggal sementara menjalani rawatan di Semenanjung Malaysia, semuanya secara percuma. Bukan itu sahaja, beliau juga mengajak mereka yang berminat untuk menyertai kursus cuci luka di mana satu pasukan penjagaan luka bakal ditubuhkan. “Kami cuba tubuh unit cuci luka untuk mereka yang susah, sakit dan terlantar. Sesiapa yang ingin menyertai kursus mencuci luka bersama Hospital Kuala Lumpur sila hubungi saya atau Zahrah 019 2866035. “Kursus di beri percuma kepada mereka yang berminat di anjurkan oleh Wound Care Society. Ini boleh membantu mereka yang sakit dan luka mencuci luka dengan baik di rumah,” katanya dalam ruang Facebook miliknya. Di samping itu, Pak Cik Kentang juga menggunakan teknologi dengan mewujudkan aplikasi CP Kejar dan CP Help bagi menawarkan bantuan sukarelanya secara efisien. CP ialah Community Police lebih menumpu kepada hal berkaitan menyelengara lampu isyarat rosak, jalan berlubang dan rosak sehinggalah masalah anjing liar di kawasan kediaman. Jika anda mahu tahu secara lebih lanjut, banyak bantuan termasuk dari pihak ketiga yang dikongsi dalam Facebook Pak Cik Kentang. Mudah-mudahan dengan memberi bantuan kepada orang dan prihatin dengan kesusahan orang lain, Pak Cik Kentang terus dimurahkan rezeki. Aminnn. Ada cerita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 1,021 Post navigation Anak pijak kucing sampai mati, ibu maki penduduk yang tegur Rakaman Video Pemilik Bengkel Amuk Serang Pelanggan