Baru-baru ini telah viral satu rakaman video seorang kanak-kanak memijak kucing di pintu lif sebuah blok pangsapuri sehingga menyebabkan anak kucing berkenaan patah tengkuk dan mati.

Kejadian yang berlaku di Pangsapuri Enggang Bukit Kinrara itu telah membangkitkan kemarahan netizen apabila ibu kanak-kanak berkenaan juga bertindak seolah tidak berperikemanusiaan.

Ibu itu langsung tidak membantu kucing berkenaan sebaliknya, hanya bertindak menguis anak kucing yang ‘nazak’ itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, ibu kanak-kanak itu juga memaki hamun penduduk selepas menegur perbuatan keji dia dan anaknya yang turut menetap di pangsapuri sama.

Video berdurasi seminit yang diambil dari rakaman kamera litar tertutp (CCTV) di pangsapuri berkenaan mula tersebar selepas ibu kanak-kanak tersebut tidak mengambil tindakan ke atas perbuatan anak mahupun cuba menyelamatkan kucing itu.

Melihat kesengsaraan kucing itu, beberapa penduduk bergegas membawa kucing ke klinik veterinar untuk rawatan malangnya disahkan mati oleh doktor.

Memetik laporan MStar Online, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika, turut melahirkan kekecewaan dengan sikap dua beranak tersebut yang langsung tiada perasaan dan sepatutnya kanak-kanak berkenaan boleh membezakan perbuatan yang dilakukan adalah baik atau sebaliknya.

Ada berita menarik untuk dikongsi? Sila emailkan ke syafirajbiz@gmail.com & jangan lupa like page syafiraj DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!