Harga asal sekotak topeng sebelum ini sekitar RM12 hingga RM18 namun kini ia naik sehingga ke RM50 hingga RM150. Kenaikan mendadak harga topeng hidung dan mulut sememangnya tidak dapat diterima akal. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia malah negara luar juga berdepan isu yang sama apabila bekalan topeng ini dilaporkan semakin berkurangan. Ia termasuklah di Rusia yang dikenali mempunyai Presiden yang paling digeruni dan paling berkuasa di dunia. Dan ketika wabak Covid-19 melanda seluruh dunia ketika ini, langkah Moscow dibawah pimpinan Vladimir Putin dalam menangani penularan jangkitan itu menjadi tumpuan dunia. Ia merupakan antara negara terawal yang menutup pintu sempadannya terhadap kemasukan pelancong daripada China. Masalah itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Russia, Tatyana Golikova dalam satu mesyuarat bersama Putin pada awal Februari lalu. Putin mengambil langkah tegas apabila mahu batalkan lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis. Golikova berkata, terdapat farmasi menaikkan harga topeng antara RM3.80 hingga RM5.50 sedangkan harga asalnya cuma 80 sen. Ini jawapan yang diberikan Putin: “Batalkan saja lesen perniagaan semua farmasi yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan ketika musim krisis.” Ia sekali gus menunjukkan Putin langsung tidak akan tunduk kepada mana-mana gergasi perniagaan di negara yang dipimpinnya itu. Rakaman itu turut mendapat perhatian netizen, yang rata-ratanya memuji ketegasan Putin dalam membuat keputusan mengenai satu-satu perkara. Untuk rekod, Rusia hanya mencatatkan 306 kes yang disahkan jangkitan Covid-19 setakat ini. Malaysia wajar mengenakan tindakan yang sama memandangkan harga meningkat lebih banyak dan melampau disaat negara berdepan dengan krisis terburuk pandemik Covid-19. Jangan lupa like page syafiraj DI SINI Post Views: 673 Post navigation Diy Hand Sanitize, Hanya Bermodalkan RM11 Gurauan melampau rakan, pengantin lelaki retak tengkorak