Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga apabila salah seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19 Seorang gadis yang bernama Aishah menceritakan detik pilu di mana dia sekeluarga menggigil setelah mendapat tahu bahawa bapanya disahkan positif Covid-19.“Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positif Covid-19,” tulisnya.“Tak selera nak makan, tak tahu nak buat apa, termenung. Tambah gigil bila tengok abah naik ambulans.” Menurut Aishah, seluruh ahli keluarganya perlu menjalani saringan Covid-19 Aishah pada masa yang sama turut mendoakan agar mereka sekeluarga mendapat keputusan yang baik dalam ujian saringan tersebut.“Satu keluarga pergi buat ujian. Semoga keputusan baik-baik saja. Doakan abah cepat sembuh,” tulis Aishah. Tweet Aishah itu telah mendapat 37.1 ribu ulang kicau. Lihat perkongsian penuh di bawah: Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positive covid-19. Tak selera nak makan. Tak tahu nak buat apa. Termenung. Satu family pergi buat test. Semoga result baik2 saja. Tambah gigil tengok abah naik ambulance. Doakan abah cepat sembuhh pic.twitter.com/Yw1bmD9CNV— aishahhh (@aishahariffin22) March 18, 2020 Ramai warganet turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Aishah sekeluarga: Stay strong gurl , i know that ur abah is org yg baik baik thats why dia join tabligh and thats why Allah give ur abah this kind of ujian !! Because you and ur family stronggg and can survive thisss โจ๐— Qelahhh๐ (@aqlhfrsyaa) March 18, 2020 Keep strong dik. Akak pun dikelilingi golongan jemaah nie. Org kecam ke, org maki ke, biarlah. Kamu tahu apa yg ayah kamu buat selama ini. Inilah ujian utk kita. Dekatkan diri dengan Allah. Akak doakan ayah kamu cepat sihat. Allah yg izinkan semua ini berlaku โบ๏ธ— ๐๐ฏ๐๐ช๐ท ๐ ๐พ๐ฎ๐ฎ๐ท ๐ (@AfwanAhlia) March 18, 2020 ALA KAK CAH ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ STAY STRONG OKI!!! HAVE FAITH DEKAT ALLAH!!! LAGI BANYAK PEOPLE RECOVER AAA KITA DOA BAIK BAIK UNTUK KAU TAU ๐ญ๐ญ JANGAN TAKUT OKI DOA JE BANYAK BANYAK!— bishkut. (@xaliyafarhana) March 18, 2020 Moga abah awak recover dgn cpt. Amiin. This breaking my feeling. Most yang pergi tabligh tu orang berusia. They dont deserve this. Dia orang cuma nak tambah ilmu je.— Nysa Sarah (@nysalicious) March 21, 2020 Moga disembuhkan penyakit wabak ini dri ayah sis… Doa banyak2 and kuarantin diri dari orang lain. Jarakkan diri dari keluarga masing2— mr.Ashiro_โข (@Ashrf0818) March 18, 2020 Dalam masa yang sama tidak kurang juga, ada netizen yang bertindak balas negatif terhadap kejadian yang dialami keluarga terbabit: INI YANG TERJADI BILA ORANG AMBIL MUDAH DENGAN PERINTAH DUDUK RUMAH! . Minta tag & share supaya ramai orang terkesan. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Paksa semua orang duduk rumah! .Tindakan kita sekarang menentukan masa depan keluarga kita!.Berjuanglah. pic.twitter.com/LfgAZVOg79— r@_iS (@Rmuhdrais) March 18, 2020 Situasi Covid-19 yang kian meruncing di Malaysia semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Bukan setakat bimbang terhadap wabak itu sendiri, tetapi pesakit yang disahkan positif barangkali tidak akan dapat bertemu dengan mana-mana ahli keluarga sepanjang tempoh kuarantin. Dan jikalau pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan wabak berkenaan, ahli keluarga tetap tidak dapat bertemu dengan pesakit, malah upacara pengkebumian juga perlu dijalankan secara tertutup. Semoga Aishah sekeluarga dibebaskan daripada wabak Covid-19. Sama-sama kita doakan. Post Views: 436 Post navigation Doktor Kongsi Kisah Rakan Setugas Diuji Covid-19, Pesakit Tipu Sejarah Sakit Diy Hand Sanitize, Hanya Bermodalkan RM11