Dalgona Coffee merangkumi gabungan serbuk kopi, gula, air panas, susu dan ais. Minuman ini memberi dua warna iaitu coklat dan putih. Kopi dari Korea ini juga dikatakan menyerupai gula-gula cair sebelum ia mengeras. Kerana visualnya yang aesthetic, kopi tersebut telah menjadi ‘hit‘ di laman sosial. Baik di laman Facebook, Twitter, Instagram mahupun TikTok, rata-rata mereka yang cuba membuat kopi itu akan memuat naik gambar mereka menggunakan hashtag #DalgonaCoffee Buat anda yang teringin nak minum kopi ini, bolehlah cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Shariffah Sarrah telah berkongsikan cara membuat Dalgona Cofee menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Percayalah, rasanya bukan sahaja ‘umphhh’ tapi sebenarnya cukup mudah untuk disediakan. Bahan bahan:- Serbuk kopi/NescafeSusu segarGulaAir panasAis (pilihan) Cara: (A)Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat. Cara: (B)Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik, pakcik semua. Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ni dari korean, bukan dari artis terima kasih. Walau bagaimanapun, buat mereka yang tidak gemarkan kopi, boleh sahaja menjadikan serbuk koko daripada ada sahaja jenama sebagai alternatif kepada serbuk kopi. Bagi anda yang ingin cuba membuatnya sambil menonton video, bolehlah tonton video di bawah Alang-alang tengah kuarantin dalam rumah itu, apa lagi, jom try buat Dalgona Coffee! Post Views: 731 Post navigation Kenyataan Media MKN: Syarikat-Syarikat Yang Diluluskan Beroperasi Tatacara Pengurusan Mayat Mangsa Covid-19 Untuk Yang Beragama Islam & Bukan Islam