Corona Virus juga dikenali dengan singkatan Covid 19. Penyakit ini merupakan satu penyakit yang baru ditemui dan tidak pernah dikenal pasti. Berdasarkan maklumat terkini, covid-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan. Antara gejala-gejala atau petanda menghidap penyakit ini adalah seperti berikut : Demam – Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dengan virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi. Batuk – Seperti virus pernafasan lain seperti virus influenza, pesakit dengan 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan. Sesak nafas – Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak boleh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yang perlu diberi perhatian untuk orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019. Sakit Badan – Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza. Sakit Tekak – Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019. Sakit Kepala – Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia boleh berlaku. Sekiranya anda mengalami gejala seperti di atas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm. Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19). Post Views: 682 Post navigation SITUASI TERKINI JANGKITAN COVID-19 SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 20 MAC 2020